Cari:
China Sedia Bincang Kerjasama dengan Jepun dalam Rangka B&R
2017-06-07 11:37:04 CRI Cetak

Inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) boleh menjadi platform baharu bagi China dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama menang-menang dan pembangunan bersama.

Dalam pada itu, Jepun diharap boleh mengambil tindakan yang konkrit bagi memulihkan semula hubungan kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya berharap agar inisiatif B&R berlandaskan konsensus masyarakat antarabangsa, sesuai dengan lingkungan ekonomi Pasifik yang bebas dan adil serta menyumbang demi keamanan dan kemakmuran dunia.

Berdasarkan kenyataan tersebut, Jepun berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan China dalam rangka B&R.

Sehubungan dengan itu, Hua berkata, dalam proses membangunkan B&R, China sentiasa berusaha bersama-sama dengan negara-negara terlibat, mewujudkan sistem peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang adil, saksama dan berterusan.

Tegas beliau, sebagai platform yang terbuka dan inklusif, B&R akan memberikan manfaat kepada pelbagai negara di dunia termasuk Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China