Cari:
China Harap Isu Semenanjung Korea Diselesaikan Secara Damai
2017-06-07 17:15:17 CRI Cetak

China berharap pelbagai pihak dapat melaksanakan resolusi 2356 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara menyeluruh, di samping mendorong penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea melalui "dua pendekatan", iaitu meningkatkan usaha dalam mengawal senjata nuklear dan menggalakkan rundingan damai.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan resolusi 2356 baru-baru ini bagi meningkatkan sekatan terhadap Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), individu dan pertubuhan yang terlibat dalam kegiatan pembangunan nuklear dan peluru berpandu.

Menurut Hua Chunying, sebagai jiran, China sentiasa memantau perkembangan situasi Semenanjung Korea dan akan terus menjaga keamanan dan kestabilan di semenanjung tersebut, di samping berpegang teguh pada prinsip Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear serta menyelesaikan isu berkenaan melalui rundingan dan dialog.

Pendirian China terhadap isu itu adalah jelas dan konsisten.

Tambah beliau lagi, situasi di Semenanjung Korea kini semakin sensitif dan rumit.

Oleh itu, China berharap semua pihak akan berusaha sedaya upaya untuk meredakan ketegangan dan meningkatkan rasa saling mempercayai bagi mengelakkan situasi daripada semakin meruncing.

China juga menyeru semua pihak agar mempertimbangkan saranan "dua pendekatan" China dalam penyelesaian isu Semenanjung Korea.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China