Cari:
Polis Bongkar Kegiatan Curi Rahsia Perdagangan China
2017-06-08 10:06:00 CRI Cetak

Pihak polis bandar Ganzhou, provinsi Jiangxi China baru-baru ini berjaya membongkar satu kes mencuri maklumat perdagangan sulit, dengan menahan tiga suspek warga China.

Berdasarkan siasatan pihak polis, ketiga-tiga suspek yang dikenali Su Heng, Li Zhao dan Hua Haifeng, mengakui berkomplot mengumpul maklumat rahsia sebuah kilang di bandar Ganzhou dengan menggunakan alat-alat pengintip untuk dijual kepada pertubuhan di seberang laut.

Sejak tahun 2010, mereka telah beberapa kali menggunakan kaedah tersebut untuk menyusup masuk ke beberapa kilang di China. Semua maklumat perdagangan sulit yang dikumpul seperti proses pengeluaran dan persekitaran tempat kerja telah diserahkan kepada pertubuhan berkenaan.

Menurut laporan media barat sebelum ini, ketiga-tiga suspek tersebut merupakan anggota sebuah pertubuhan bukan untung yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China