Cari:
OECD: Ekonomi Dunia Dijangka Tumbuh Lebih Pesat
2017-06-08 14:08:21 CRI Cetak

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) semalam memaklumkan, unjuran pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini dan tahun depan masing-masing akan mencatat 3.5 dan 3.6 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan mencatat 2.1 peratus tahun ini dan 2.4 peratus tahun depan.

Pertumbuhan ekonomi Jepun akan mencatat 1.4 peratus tahun ini dan 1 peratus tahun depan.

Manakala pertumbuhan kawasan Euro akan mencatat 1.8 peratus pada tahun ini dan tahun depan.

Menurut kenyataan OECD, entiti ekonomi baharu muncul di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand akan mengalami peningkatan yang lebih pesat ekoran pelaburan domestik yang semakin dibaiki dan permintaan luar dari China.

Selain itu, perdagangan global diunjurkan akan meningkat 4.6 dan 3.8 peratus pada tahun ini dan tahun depan. Kadar tersebut lebih tinggi berbanding tiga tahun lalu.

Lihat juga
berita lain
v Jumlah Insurans Pertanian China Pertama di Asia 2017-06-07 14:42:13
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China