Jumlah insurans pertanian China menduduki tempat kedua di dunia, selepas Amerika Syarikat (AS) dan tempat pertama di Asia.
Naib Pengerusi Suruhanjaya Pemantauan dan Pengawalan Insurans China (CIRC), Chen Wenhui berkata demikian dalam seminar taraf jaminan insurans pertanian China di Beijing baru-baru ini.
Menurut Laporan Penyelidikan Taraf Jaminan Insurans Pertanian China yang dikeluarkan dalam seminar itu, pada tahun 2007 hingga 2016, pendapatan insurans pertanian meningkat daripada RMB5.18 bilion kepada RMB41.7 bilion, meningkat tujuh kali ganda.
Sementara itu, insurans pertanian kini meliputi seluruh negara yang melibatkan sektor pertanian, perhutanan, penternakan, perikanan dan lain-lain.