Menurut laporan prestasi Perbadanan Komunikasi Mudah Alih China (China Mobile) yang dikeluarkan semalam, jumlah pendapatan syarikat itu mencatat RMB708.4 bilion (RM455 bilion) pada tahun 2016, meningkat 6 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) menunjukkan, pendapatan data jalur lebar mudah alih China Mobile meningkatkan dengan pesat pada setengah tahun pertama tahun lalu.
Perkhidmatan Internet Wayarles telah menjadi sumber pendapatan terbesar bagi syarikat tersebut.
Setakat bulan Disember 2016, jumlah pengguna Internet di China telah mencatat 731 juta orang.
Seiring dengan kemunculan teknologi mudah alih 5G, permintaan terhadap perkhidmatan akses Internet melalui telefon pintar akan terus meningkat.