Menurut Jabatan Pentadbiran Industri dan Perdagangan Negara China (SAIC) semalam, jumlah pendaftaran cap dagang di China mencatat 3.691 juta pada tahun 2016, naik 28.35 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.
Pendafataran cap dagang di China telah menduduki tempat pertama di dunia selama 15 tahun berturut-turut.
Hal tersebut menunjukkan kesedaran syarikat China untuk mengantarabangsakan jenama semakin meningkat.
Selain itu, syarikat China juga amat menitikberatkan peranan cap dagang dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).