Cari:
Forum Media Negara BRICS
2017-06-09 15:22:55 CRI Cetak
Forum Kemundak Media Negara-Negara BRICS (Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan) diadakan di Beijing semalam.

Pemimpin dari 27 agensi media negara-negara BRICS mengadakan rundingan tentang topik "memperkasakan kerjasama media, menggalakkan keadilan media di arena antarabangsa".

Forum kemuncak itu juga mengemukakan "Pelan Tindakan Peningkatan Kerjasama Media BRICS" bagi memelihara keseimbangan media antarabangsa, menggalakkan interaksi dalam kalangan rakyat, membina media digital BRICS, membuka perkhidmatan kewangan, dan lain-lain.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengerusi Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat PKC, Liu Qibao, dalam upacara perasmian menyatakan bahawa komunikasi dan interaksi antara pengamal media merupakan asas persahabatan pelbagai negara, selain jalinan kerjasama dan rasa saling mempercayai serta berkongsi tamadun antara satu sama lain.

Pembinaan "sepuluh tahun emas" kedua kerjasama BRICS memerlukan media negara tersebut berganding bahu.

Presiden Radio Antarabangsa China (CRI) Wang Gengnian menyatakan, media negara BRICS harus berpegang teguh pada prinsip terbuka dan inklusif, serta saling mempelajari dalam usaha meluaskan pengaruh kebudayaan negara-negara yang terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China