Cari:
Xi Jinping dan Nazarbayev Lawat Pavilion China dalam Ekspo Dunia
2017-06-09 12:48:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang ditemani rakan sejawatnya dari Kazakhastan, Nursultan Nazarbayev melawat ke pavilion China dalam Ekspo Dunia 2017 di Astana semalam.

Ekspo Dunia yang bertemakan "sumber tenaga masa depan" itu merupakan ekspo dunia pertama yang diadakan di negara Asia Tengah.

Lebih 100 buah negara dan pertubuhan antarabangsa akan menyertai ekspo tersebut.

China adalah antara negara yang paling awal mendirikan pavilion di ekspo tersebut.

 

Selepas itu, pemimpin kedua-dua negara turut menghadiri upacara sidang video bagi menyaksikan pengangkutan kargo kereta api rentas sempadan China-Kazakhastan.

Xi berkata, pengangkutan kargo tersebut bukan sahaja memberikan manfaat kepada China dan Kazakhastan, malah memudahkan pengangkutan bagi negara-negara yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), selain meneroka lebih banyak peluang kerjasama.

Nursultan Nazarbayev pula berkata, pavilion China memperlihatkan konsep pembangunan Jalan Sutera yang mesra alam.

Kerjasama pengangkutan rentas sempadan China-Kazakhastan boleh dijadikan contoh bagi penyelarasan dasar ekonomi baharu "Jalan Cahaya" anjuran Kazakhstan dan pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera anjuran China, di samping memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat di negara-negara terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China