Cari:
Xi Sampaikan Ucaptama dalam Mesyuarat Majlis Pemimpin Negara SCO
2017-06-10 14:28:45 CRI Cetak

Mesyuarat Ke-17 Majlis Pemimpin Negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Astana, ibu negara Kazakhastan Jumaat lalu.

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan ucaptama

dalam mesyuarat ini yang menegaskan bahawa negara anggota SCO perlu memupuk semangat tentang pembinaan komuniti yang berkongsi masa depan, bergabung tenaga dan meningkatkan koordikasi, bersama-sama menghadapi cabaran, mengintensifkan kerjasama pragmatik, meningkatkan interaksi sosiobudaya, mengekalkan keterbukaan bagi mewujudkan masa depan SCO yang lebih cemerlang.

Presiden Kazakhastan, Nursultan Nazarbayev mempengerusikan mesyuarat ini. Pemimpin-pemimpin negara anggota SCO telah membincangkan perkembangan semasa, tugas dan prospek pertubuhan ini, bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang penting, serta mencapai persepakatan yang meluas.

Dalam pada itu, India dan Pakistan secara rasmi diterima sebagai negara anggota SCO.

Mesyuarat Ke-18 Majlis Pemimpin Negara-negara SCO akan diadakan di China pada tahun 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China