Cari:
Lawantan Xi Jinping Ke Kazakhstan Suntik Kedinamikan bagi B&R
2017-06-11 15:44:02 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Kazakhstan, menghadiri Sidang Ke-17 Majlis Pemimpin Negara-negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), dan majlis perasmian Ekspo Dunia 2017 di Astana dari 7 sehingga 10 Jun lalu. Menteri Luar China, Wang Yi telah memberikan taklimat tentang hasil lawatan Presiden Xi kali ini.

Menurut Wang Yi, lawatan kali ini merupakan lawatan Presiden Xi kali pertama selepas Forum Kemuncak Kerjasama Jalur dan Laluan (B&R), dan juga aktiviti diplomatik penting China di rantau Eurasia.

Lawatan ini kali ketiga Presiden Xi ke Kazakhstan, dan pertemuan ke-16 beliau dengan presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev. Ia bukan sahaja memperlihatkan persahabatan kukuh dan hubungan peribadi yang rapat antara pemimpin kedua-dua negara, malah juga mencerminkan hubungan erat kedua-dua negara.

Pemimpin kedua-dua negara telah mencapai persepakatan penting bagi mengeratkan hubungan rakan strategi komprehensif, menandatangani pengumuman bersama,.

Ketika menghadiri sidang tahunan Majlis Pemimpin Negara-negara SCO, Presiden Xi telah bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin-pemimpin lain tentang urusan penting SCO dan masalah serantau dan antarabangsa.

Tambah Wang Yi, lawantan Presiden Xi kali ini telah menyuntik kedinamikan yang baharu terhadap pembangunan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China