Cari:
Armada Tentera Laut China Lawat Pakistan
2017-06-11 14:40:58 CRI Cetak

Armada tentera laut China tiba di Karachi, Pakistan, pagi semalam. Ini destinasi ke-7 dalam misi lawatan pelayaran jauhnya.

Lebih 200 orang termasuk pegawai kanan pasukan tentera Pakistan, konsul China serta wakil pelajar China, perantau China dan orang Cina tempatan menyambut kedatangan armada tersebut.

Dalam tempoh lawatan selama empat hari, kedua-dua pihak China dan Pakistan akan mengadakan beberapa aktiviti seperti pertukaran lawatan, latihan bersama, jamuan di geladak dan lain-lain.

Ketua Turus angkatan laut Pakistan, Admiral Muhammad Zakaullah telah melawat kapal Changchun China. Beliau ketika diwawancara berkata, lawatan armada China kali ini bertujuan untuk mengedarkan konsep laut yang harmoni. Beliau menantikan akan bertukar-tukar pendapat dengan pegawai China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China