Cari:
Trump Diundang Lawat Poland
2017-06-12 11:30:06 CRI Cetak

Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Poland pada Julai nanti mencerminkan peranan penting Poland bagi keselamatan bahagian timur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sekali gus Warsaw menerima penempatan tentera AS.

Demikian diujar Menteri Hal Ehwal Luar di Pejabat Presiden Poland, Krzysztof Szczerski dalam sidang akhbar bersama-sama Menteri Luar, Witold Waszczykowski semalam.

Menurut beliau, Poland merupakan sekutu penting AS dan juga rakan kerjasama penting bagi NATO.

Dalam rangka lawatan Trump ke Poland, selain pertemuan bilateral, presiden itu juga akan menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Laut Baltik-Hitam-Adriatik.

Lawatan ini disusuli kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Hamburg, Jerman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China