Cari:
Qatar Jamin Kepentingan Warga Asing
2017-06-12 11:33:44 CRI Cetak

Qatar akan terus menjamin kepentingan warga dari pelbagai negara yang telah memutuskan hubungan diplomatik dengannya.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Qatar semalam, mereka menikmati kebebasan penuh di Qatar.

Dalam pada itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan beberapa negara lain telah menuntut warga masing-masing meninggalkan Qatar dan warga Qatar meninggalkan wilayah negara-negara tersebut dalam tempoh 14 hari.

Bahrain, Arab Saudi, UAE, Mesir dan Yaman telah memutuskan hubungan dengan Qatar berikutan dakwaan negara itu menaungi kumpulan pengganas hingga menjejaskan keselamatan serantau.

Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, melahirkan rasa kesal dan terkejut atas tindakan tersebut yang dikatakan tidak berasas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China