Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa provinsi Shaanxi menjalankan rawatan komprehensif terhadap daerah aliran sungai Hanjiang, antaranya termasuk meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap mutu air sungai itu. Sehubungan itu, banyak kilang pembuatan kertas, kilang cat, kilang arak dan kilang pembuatan alat elektrik yang terletak di kawasan perlindungan sumber air telah ditutup, sedangkan banyak syarikat yang mahu melabur di daerah tersebut, tetapi gagal dalam penilaian pengaruh pengeluaran terhadap alam sekitar, ditolak oleh kerajaan tempatan.