Cari:
Lawatan Trump ke Britain Mungkin Ditunda
2017-06-13 11:07:11 CRI Cetak

Akhbar "The Times" Britain semalam melaporkan bahawa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke negara itu yang dijadualkan pada tahun ini mungkin ditunda ekoran bantahan keras rakyat Britain.

Perdana Menteri, Theresa May dijangka membuat pengumuman berkenaan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Bagaimanapun, ketika menjawab pertanyaan Agensi Berita Xinhua, jurucakap Downing Street menyatakan bahawa rancangan mengundang Trump tidak berubah pada masa ini.

Semasa berkunjung ke AS pada bulan Januari lalu, Theresa May memanjangkan undangan Ratu Elizabeth II kepada Donald Trump untuk melawat Britain pada setengah kedua tahun ini. Trump menerima undangan tersebut. Namun, tidak lama selepas itu, lebih 1.8 juta penduduk Britain menurunkan tandatangan pada satu petisyen yang menuntut undangan tersebut dibatalkan. Menurut mereka, Trump tidak layak menerima undangan Ratu Elizabeth II kerana sikapnya yang kurang menghormati wanita.

Akhbar "The Guardian" kelmarin melaporkan bahawa dalam satu panggilan telefon dengan Theresa May, Trump telah menyatakan keengganannya untuk melawat Britain jika tidak dialu-alukan oleh rakyat negara itu. Namun sumber berita itu masih belum disahkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China