Cari:
Presiden Korea Selatan Bentang Dasar Pentadbiran
2017-06-13 11:33:30 CRI Cetak

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in meminta parlimen meluluskan belanjawan tambahan secepat mungkin bagi mencipta lebih banyak peluang kerja, merapatkan jurang pendapatan dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Semasa membentangkan dasar pentadbirannya buat pertama kali di Kongres petang semalam, beliau menyatakan bahawa kadar pengangguran negara itu mencatat paras tertinggi sejak tahun 2000, dengan jurang pendapatan yang amat merisaukan. Hanya dengan menyediakan lebih banyak peluang kerja, barulah masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan.

Kerajaan Moon Jea-in telah mengeluarkan usul belanjawan tambahan berjumlah kira-kira USD10 bilion, yang dijangka menyediakan 110 ribu peluang kerja baharu jika diluluskan.

Bagaimanapun, disebabkan parti pemerintah gagal membentuk majoriti di Kongres, usul tersebut perlu mendapat sokongan parti pembangkang sebelum boleh diluluskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China