Laluan tren tanpa pemandu Yanfang, Beijing diuji baru-baru ini dan dijangka mula beroperasi pada akhir tahun ini.
Teknologi yang diselidik dan dihasilkan oleh syarikat China itu boleh membawa 1,262 orang penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan maksimum 80 kilometer sejam.
Sistem tren automatik itu menjanjikan perjalanan stabil untuk keselesaan penumpang.