Cari:
Erdogan Kecam Sekatan Terhadap Qatar
2017-06-14 14:19:07 CRI Cetak

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam tindakan beberapa negara yang mengenakan sekatan terhadap Qatar, dan menyeru Arab Saudi memulihkan hubungan dengan Qatar agar dapat diteladani negara lain.

Ketika menyampaikan ucapan di Parlimen semalam, Erdogan menyifatkan tindakan sesetengah negara memutuskan bekalan makanan dan air minum kepada Qatar sebagai kurang berperikemanusiaan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau menolak dakwaan bahawa Qatar menyokong keganasan dengan menyatakan Qatar bertekad berganding bahu dengan Turki dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).

Erdogan turut menyeru Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud mempertimbangkan semula sekatan terhadap Qatar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China