Cari:
Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Lancar
2017-06-14 14:30:47 CRI Cetak

Suruhanjaya Penyelaras Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selesai mengadakan mesyuarat dan tinjauan kali kedua di Beijing semalam.

Mereka memuji kerja-kerja persiapan yang dijalankan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, dengan menyatakan bahawa seluruh dunia telah melihat Beijing menepati janjinya untuk menjayakan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang mengutamakan atlet.

Pengerusi suruhanjaya tersebut, Alexander Zhukov menyatakan bahawa Beijing bukan sahaja memanfaatkan sepenuhnya stadium yang dibina semasa Sukan Olimpik 2008, malah pelbagai fasiliti lain dibangunkan dengan mengambil kira kebergunaan jangka panjang serta ciri-ciri inklusifnya.

Pada tahun ini, lima stadium baharu akan mula dibina dan kerja-kerja pengubahsuaian stadium sedia ada juga akan dimulakan. Sementara itu, pembangunan infrastruktur untuk menghubungkan tiga tapak penganjuran iaitu Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou berjalan lancar.

Landasan kereta api laju Beijing-Zhangjiakou serta lebuh raya Daxing-Yanqing dan Yanqing-Chongli akan siap dibina sebelum penghujung tahun 2019 bagi memenuhi keperluan semasa pusingan saringan Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China