Cari:
China Buka Pejabat Pelancongan di Bangkok
2017-06-15 14:08:12 CRI Cetak

Pejabat Pelancongan China di Bangkok dibuka semalam, sekali gus menjadi perwakilan ke-22 di seberang laut yang ditubuhkan oleh Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China (CNTA).

Ketika menghadiri upacara perasmian, Naib Pengerusi CNTA, Wang Xiaofeng menyatakan bahawa Thailand yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), kaya dengan sumber pelancongan dan warisan budaya. Thailand juga antara destinasi pelancongan luar negara yang paling awal menerima pelancong China. Kedua-dua negara menjadi sumber pelancong dan destinasi penting bagi pihak satu sama lain. Pembukaan Pejabat Pelancongan China di Bangkok adalah hasil kerjasama pelancongan antara kedua-dua negara serta pelaksanaan inisiatif B&R.

Misi utama pejabat tersebut termasuk mempromosi pelancongan China dan meninjau pasaran pelancongan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China