Dialog Ekonomi dan Perdagangan China-AS diadakan di New York semalam, dengan berfokuskan Pelan Seratus Hari Kerjasama Ekonomi China-AS dan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).
Naib Presiden Eksekutif Persatuan Asia di AS, Tom Nagorski berkata, kalangan usahawan AS amat berminat untuk turut serta dalam inisiatif B&R.
Mantan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg pula berkata, Pelan Seratus Hari tersebut telah pun membuahkan hasil awal. Keterbukaan pasaran kewangan China secara konsisten bakal mengeratkan lagi hubungan perdagangan AS-China, di samping menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di kedua-dua negara. Hal ini juga membantu mengurangkan kos operasi syarikat AS, sekali gus meningkatkan daya saing mereka.