Cari:
Patung Naga Ukiran Kayu Berharga RMB938 Juta
2017-06-15 10:10:08 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebuah patung naga ukiran kayu yang berharga RMB 938 juta (RM 564.19 juta) menjadi tumpuan utama dalam Pameran Produk Negara-Negara Asia Selatan dan Asia Tenggara sempena Pameran Pelaburan dan Perdagangan 2017 yang telah diadakan di bandar Kunming, Yunnan baru-baru ini.

Difahamkan, patung kayu yang dinamakan "Naga China" itu, diukir daripada sebatang kayu semula jadi yang lengkap, dengan panjangnya 9.38 meter, dan beratnya kira-kira 1.5 tan.

Selain itu, ukiran kayu "Along the River During the Qingming Festival" yang sepanjang kira-kira 8.5 meter dan seberat 7 tan, kelihatan menarik ramai pengunjung yang juga berminat dengan harganya yang mencatat hampir RMB10 juta (RM6.26 juta).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China