Cari:
Panda Shin Shin di Tokyo Lahirkan Anak
2017-06-16 14:13:40 CRI Cetak

Panda Shin Shin di Zoo Ueno Tokyo telah melahirkan anak pada 12 Jun lalu, anak panda pertama yang dilahirkan di seberang laut pada tahun ini.

Untuk meraikan kelahiran anak panda itu, Kesatuan Jalan-jalan Komersial Ueno menghadiahkan 20 ribu topi bertema panda kepada orang ramai. Manakala, pelbagai pusat beli-belah di sekitar Zoo Ueno menawarkan diskaun 30% hingga 50%. Produk-produk yang bertema panda laris dijual.

Berdasarkan jangkaan pakar ekonomi, kelahiran anak panda itu akan menjana pendapatan sebanyak 26.7 bilion yen (RM1 bilion) untuk Tokyo.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China