Cari:
Rakyat Jepun Bantah Pindaan Akta Jenayah Terancang
2017-06-16 17:06:09 CRI Cetak

Kira-kira seribu rakyat Jepun berhimpun berhampiran bangunan Diet pada malam 14 Jun lalu untuk membantah keras pindaan Akta Hukuman Jenayah Terancang yang diluluskan oleh Dewan Kounselor, dan menggesa agar pindaan tersebut dimansuhkan.

Pindaan tersebut, yang menetapkan hukuman ke atas perancang dan pelaku serangan keganasan serta jenayah berat lain, menjadi kontroversi setelah diluluskan tanpa mengikut prosedur perbahasan di hadapan Suruhanjaya Hal Ehwal Undang-undang. Pindaan tersebut juga dikhuatiri akan membuka jalan kepada penyalahgunaan kuasa oleh agensi penguatkuasaan undang-undang.

Ahli Dewan Perwakilan Jepun, Yasufumi Fujino menyatakan dalam perhimpunan tersebut bahawa pindaan tersebut serta Akta Kawalan Keselamatan dan Akta Perlindungan Rahsia Khas akan membawa Jepun ke kancah perang, dan menyeru masyarakat berusaha bersama-sama untuk menuntut pembatalan pindaan tersebut.

Pindaan tersebut mula berkuatkuasa semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China