Cari:
Korea Selatan Sedia Dialog
2017-06-16 14:43:24 CRI Cetak

Korea Selatan bersedia berdialog dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), dengan syarat negara itu menghentikan program peluru berpandu nuklearnya.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in ketika menghadiri aktiviti memperingati ulang tahun ke-17 Perisytiharan Bersama Selatan-Utara di Seoul petang semalam.

Moon Jae-in menyatakan, Korea Selatan komited mendorong pelaksanaan kenyataan bersama dan perjanjian yang dicapai dalam rundingan enam pihak untuk menyelesaikan isu nuklear Semenanjung Korea.

Beliau juga menggesa DPRK memberi respons terhadap cadangan tersebut, dengan menyatakan pembatalan program nuklear merupakan bukti kesediaan DPRK untuk melaksanakan perjanjian berkenaan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China