Cari:
China Tambah USD 4.6 Bilion Bon Perbendaharaan AS
2017-06-16 15:33:30 CRI Cetak

Data Jabatan Perbendaharaan AS yang diumumkan semalam menunjukkan bahawa pada April lalu, China untuk bulan ketiga berturut-turut menambah pegangan bon perbendaharaan AS, kali ini sebanyak USD4.6 bilion (RM20 bilion). Jumlah pegangan China kini mencatat USD1.0922 trilion (RM4.66 trilion).

Sementara itu, Jepun mengurangkan pegangan bonnya sebanyak USD 12.3 bilion (RM53 bilion) kepada USD 1.1069 trilion (RM4.7 trilion). Jepun masih merupakan negara pemiutang AS yang terbesar.

Menurut Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing China (SAFE), pada Mei lalu, aliran modal rentas sempadan China adalah stabil manakala permintaan dan penawaran pertukaran asing kekal seimbang. Turun naik pasaran kewangan antarabangsa pula telah mendorong pertumbuhan rizab wang asing.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China