Cari:
PBB Tubuhkan Pejabat Antikeganasan
2017-06-16 15:48:39 CRI Cetak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung semalam meluluskan resolusi untuk menyusun semula rangka kerja antikeganasan PBB serta menyelaraskan usaha berkenaan menerusi penubuhan sebuah pejabat antikeganasan.

Presiden sesi ke-71 Perhimpunan Agung PBB, Peter Thomson dalam ucapannya menyatakan bahawa langkah ini merupakan pembaharuan struktur utama yang pertama sejak Antonio Guterres menyandang jawatan Setiausaha Agung PBB.

Kelulusan resolusi tersebut akan meningkatkan keupayaan para anggota menangani keganasan melalui pelaksanaan Strategi Antikeganasan Global PBB.

Di samping itu, Guterres juga mengeluarkan kenyataan melalui jurucakapnya bahawa beliau berharap pembaharuan struktur ini dapat mendorong usaha PBB untuk mencegah konflik, dan menggalakkan kedamaian serta pembangunan berkekalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China