Cari:
China Komited Galak Inovasi Teknologi Kesihatan
2017-06-16 11:24:37 CRI Cetak

Enam badan kerajaan China termasuk Kementerian Sains dan Teknologi dan Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga baru-baru ini mengeluarkan Pelan Inovasi Teknologi Kesihatan untuk tempoh Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-13 (2016-2020).

Pelan itu mengenal pasti 12 misi yang memfokuskan usaha meningkatkan daya inovasi teknologi, memacu sektor perkhidmatan kesihatan dan memupuk tenaga insan inovatif.

Turut menjadi fokus, usaha-usaha menyediakan perkhidmatan kesihatan mengikut keperluan peribadi, menginovasi kaedah dianosis dan rawatan penyakit, serta pencegahan penyakit.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China