Cari:
Dialog Diplomatik dan Keselamatan China-AS Pertama
2017-06-17 14:28:49 CRI Cetak

Dialog Diplomatik dan Keselamatan China-Amerika Syarikat (AS) pertama akan diadakan di Washington pada 21 Jun nanti, hasil persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Mar-a-Lago pada April lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang, dialog tersebut akan dipengerusikan bersama oleh ahli Dewan Negara China Yang Jiechi, Setiasuaha Negara AS Rex Tillerson dan Setiausaha Pertahanan AS James Mattis.

Turut hadir, Ketua Turus Jabatan Turus Bersama, Suruhanjaya Tentera Pusat PKC (CMC), Fang Fenghui.

Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan China-AS dan isu-isu lain yang menjadi tumpuan bersama.

China bersedia berusaha bersama-sama dengan AS bagi menjayakan dialog tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China