Cari:
Korban Kebakaran Grenfell Naik kepada 30
2017-06-17 15:02:11 CRI Cetak

Pihak polis Britain semalam mengesahkan bahawa angka korban akibat kebakaran Menara Grenfell di barat London naik kepada 30, selain 45 yang masih hilang termasuk 10 kanak-kanak.

Menurut laporan akhbar "The Times", angka ini kemungkinan melebihi 50 memandangkan pasukan penyiasat kini masih belum memasuki tingkat tinggi bangunan berkenaan.

Polis menjangkakan terdapat 400 hingga 600 penduduk berada dalam bangunan tersebut ketika kemalangan berlaku.

Perdana Menteri Britain, Theresa May kelmarin berjanji melaksanakan siasatan awam penuh terhadap insiden kebakaran tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China