Cari:
Turki Salur Bantuan Makanan ke Qatar
2017-06-18 14:51:27 CRI Cetak

Turki telah menghantar 5,000 tan makanan ke Qatar yang bergelut dengan krisis setelah Bahrain, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Yaman memutuskan hubungan diplomatik dengannya.

Menteri Ekonomi Turki, Nihat Zeybekci dalam sebuah program televisyen semalam berkata, Turki telah menghantar 71 pesawat yang membawa 5,000 tan makanan ke Qatar, selain penghantaran bekalan makanan melalui laluan laut yang dimulakan pada hujung minggu ini.

Beliau menegaskan bahawa Turki mampu menyediakan semua keperluan kemanusiaan kepada Qatar.

Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam sekali lagi menggesa agar krisis Qatar dapat diselesaikan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, Perdana Menteri dan Menteri Luar Turki sedang menghubungi pelbagai pihak berkenaan untuk mencari formula penyelesaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China