Cari:
Sukan BRICS 2017 Dirasmikan
2017-06-18 16:16:07 CRI Cetak

Sukan BRICS 2017 yang disertai atlet-atlet dari lima negara anggotanya iaitu China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan telah dirasmikan di Guangzhou semalam.

Presiden China, Xi Jinping dalam perutusan tahniah sempena perasmian temasya sukan itu menyatakan bahawa pembangunan kesukanan di negara-negara BRICS mempunyai keistimewaan masing-masing. Temasya sukan kali ini diharap dapat memainkan peranan positif dalam meningkatkan prestasi atlet, mempromosi acara sukan tradisional dan mengukuhkan persahabatan di kalangan rakyat.

Sukan BRICS 2017 yang dijadualkan berlangsung hingga 21 Jun ini, menarik penyertaan hampir 3,000 atlet untuk bertanding dalam tiga acara utama iaitu bola keranjang, bola tampar dan wusyu. 

Aktiviti interaksi kebudayaan akan turut diadakan bagi meningkatkan persefahaman antara atlet dan jurulatih dari pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China