Cari:
MoU Pertukaran Budaya Filem "B&R" Dimeterai
2017-06-19 15:16:18 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Memorandum persefahaman (MoU) untuk membina mekanisme pertukaran dan kerjasama budaya filem antara negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R) telah dimeterai dalam tempoh Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-20 yang berlangsung dari 17 hingga 26 Jun ini.

MoU tersebut, yang diharap dapat menggalakkan integrasi dan pembangunan pelbagai budaya dan tamadun filem di dunia, dicapai antara wakil-wakil institusi perfileman dari India, Hungary, Lithuania, Yunani dan para undangan lain dengan pihak penganjur SIFF.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan TV China (SAPPRFT), Zhang Hongseng dalam majlis pemeteraian MoU tersebut menyatakan bahawa pertukaran budaya filem, sebagai satu komponen penting dalam pelaksanaan inisiatif B&R, dapat membantu pihak-pihak yang terlibat memperdalam kesalingfahaman dan kerjasama bilateral antara satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China