Cari:
Karnival "18 Jun" Galak Penggunaan di China
2017-06-19 15:24:01 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tahun ini merupakan kali ke-7 karnival beli-belah "18 Jun" dianjurkan oleh platform e-dagang China. Walaupun diskaun yang ditawarkan mungkin tidak setanding karnival beli-belah pada 11 November setiap tahun, namun karnival "18 Jun" tetap berkesan sebagai enjin untuk menggerakkan penggunaan di China.

Menurut anggaran portal beli-belah Tmall.com, jumlah transaksi bagi laman Hong Kongnya mencecah RMB100 juta (RM62.64 juta) dalam tempoh hanya tujuh minit pertama pada 18 Jun lalu.

Jumlah jualan portal Jingdong (JD.com) pula berlipat ganda dalam sejam pertama hari tersebut, iaitu 250% berbanding karnival tahun lalu. Setakat pukul 3.00 petang, jumlah tempahan yang diterima oleh Jingdong Mall telah mencatat RMB110 bilion (RM68.9 bilion).

Penglibatan lebih banyak syarikat e-dagang serta perkhidmatan logistik yang semakin efisien menjadikan karnival tahun ini pengalaman beli-belah yang cukup mengujakan buat pengguna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China