Cari:
China Perkenalkan Carta Kualiti Air Bandar
2017-06-19 15:14:12 CRI Cetak

Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China akan memperkenalkan Carta Kualiti Air Permukaan di Bandar menerusi pelaksanaan Peraturan Pemantauan Teknikal Alam Sekitar.

Carta tersebut akan dikemas kini setiap suku tahun dengan data dari 338 buah bandar di seluruh China. Sepuluh tempat yang kualiti airnya terbaik dan terburuk turut akan diumumkan secara berkala.

Terbahagi kepada dua bahagian, carta itu menyediakan maklumat tentang kualiti air permukaan di bandar dan juga tahap perubahan kualiti air di tempat-tempat berkenaan.

Pelaksanaan peraturan tersebut dijangka akan menggalakkan kerajaan tempatan meningkatkan usaha menambah baik mutu air.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China