Sebuah van merempuh pejalan kaki berhampiran Masjid Finsbury Park di utara London, mengakibatkan sekurang-kurangnya sepuluh cedera dan tiga daripadanya parah. Seorang suspek telah ditahan oleh polis.
Kebanyakan mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari masjid tersebut setelah selesai bersolat berjemaah selepas berbuka puasa.
Menurut Majlis Islam Britain (MCB) , rempuhan itu dilakukan dengan sengaja.