Cari:
BRICS Ikrar Intensifkan Kerjasama
2017-06-20 13:50:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan berikrar akan mengintensifkan kerjasama bilateral dalam Mesyuarat ke-2 Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat negara-negara BRICS yang diadakan di Shanghai, China pada 19 Jun lalu.

Hasil mesyuarat tersebut, satu konsensus dicapai antara para anggota berhubung dokumen prestasi kerjasama kewangan, yang akan dikemukakan dalam Pertemuan Pemimpin BRICS ke-9 di Xiamen pada September depan.

Menurut dokumen tersebut, negara-negara anggota BRICS sebulat suara bersetuju memperkasakan kerjasama dua hala dalam sembilan bidang, termasuk mengambil langkah untuk mempercepat perkembangan bank pembangunan baharu, mengembangkan pasaran bon mata wang tempatan, serta menubuhkan kerangka kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta (PPP).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China