Cari:
Dialog Diplomatik, Keselamatan China-AS
2017-06-20 14:09:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China dan Amerika Syarikat (AS) diharap dapat merapatkan jurang perbezaan pendapat agar mencapai hasil yang konkrit dalam Dialog Diplomatik dan Keselamatan China-AS pertama yang akan diadakan di Washington pada 21 Jun nanti.

Demikian dinyatakan oleh Susan Thornton, Penolong Setiausaha Negara AS pada 19 Jun lalu dalam sidang media melalui telefon berhubung dialog berkenaan.

Menurut Thornton, isu nuklear Semenanjung Korea merupakan salah satu topik utama perbincangan, selain isu Laut China Selatan, keselamatan pelayaran, antikeganasan dan hubungan antara tentera AS dan China.

Menurut Kementerian Luar China, Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi; Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson; dan Setiausaha Pertahanan Negara AS, Jim Mattis akan bersama-sama mempengerusikan dialog tersebut.

Turut hadir, Ketua Turus Jabatan Turus Bersama, Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Fang Fenghui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China