Cari:
Eksport Perisian China Meningkat
2017-06-20 14:41:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah eksport perisian China meningkat 2.5% pada 2016 berbanding tahun sebelumnya, berikutan tahap inovasi yang semakin hebat dan kemajuan besar dicapai dalam beberapa bidang.

Begitulah diumumkan dalam Laporan Pengeksportan dan Pembangunan Perisian China 2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh Ekspo Perniagaan Perisian dan Perkhidmatan Maklumat Antarabangsa China ke-15 baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, perisian China dieksport ke lebih 180 buah negara dan rantau di dunia pada tahun lalu, dengan separuh daripada jumlah keseluruhannya dieksport ke Amerika Syarikat (AS), Jepun dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU).

Perkembangan ini merupakan kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha menceburi pasaran di negara-negara terlibat dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China