Cari:
China Rancang Kerjasama Maritim B&R
2017-06-20 13:07:47 CRI Cetak

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) dan Jabatan Pentadbiran Laut Negara (SOA) China bersama-sama mengeluarkan Gagasan Kerjasama Maritim dalam pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) baru-baru ini.

Sebagai salah satu hasil yang dicapai dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R di Beijing pada Mei lalu, gagasan tersebut memfokuskan rancangan pembangunan tiga koridor ekonomi biru berdasarkan prinsip kerjasama mubihah dan inklusif yang menguntungkan semua.

Dengan memanfaatkan sokongan jalur ekonomi pesisir pantai China, koridor pertama akan menghubungkan China dengan koridor ekonomi Semenanjung Indo-China, menyambungkan koridor ekonomi China-Pakistan dan Bangladesh-China-India-Myanmar menerusi Lautan Hindi, sekali gus membangunkan laluan ekonomi biru China-Lautan India-Afrika-Laut Mediterranean.

Koridor kedua akan menghubungkan China dengan rantau Oceania dan Pasifik Selatan melalui Lautan Pasifik dan Laut China Selatan, manakala koridor ketiga menjadi jambatan ke Eropah melalui Lautan Artik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China