Cari:
PBB Seru Kerjasama Tangani Masalah Pelarian
2017-06-21 12:58:40 CRI Cetak

20 Jun merupakan Hari Pelarian Sedunia. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam menyeru agar krisis pelarian ditangani melalui saluran politik, dan menggesa negara-negara maju memperhebat usaha ke arah penyelesaian masalah tersebut.

Guterres dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PBB berkata bahawa kebelakangan ini, negara-negara maju bertindak menutup sempadan masing-masing kepada pelarian, menolak kemasukan pelarian bahkah menuduh mereka terlibat dengan serangan keganasan.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar menghormati hak asasi pelarian. Perlunya satu sistem untuk melindungi pelarian selain langkah-langkah politik untuk menamatkan konflik, kerana usaha kemanusiaan yang dilaksanakan sekarang tidak dapat menyelesaikan krisis ini secara tuntas.

80% pelarian dari seluruh dunia kini berlindung di negara-negara membangun. Saran Guterres, negara-negara maju perlu menghulurkan lebih banyak sokongan modal untuk membantu pelarian dan negara yang menerima pelarian.

Menurut laporan Agensi Pelarian PBB, jumlah pelarian di seluruh dunia termasuk mereka yang kehilangan tempat tinggal di tanah sendiri telah mencatat rekod baharu, iaitu 65.6 juta. Antaranya, pelarian mencatat 22.5 juta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China