Cari:
Makin Banyak Pesawat Airbus di China
2017-06-21 11:31:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerjasama antara syarikat pengeluar pesawat, Airbus dengan industri penerbangan China terus diperdalam berikutan semakin banyak pesawat buatan syarikat tersebut dipasang dan digunakan di China pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan Presiden Syarikat Airbus China, Chen Juming ketika menghadiri Pertunjukan Udara Paris ke-52 pada 20 Jun lalu.

Chen berkata, jumlah pesawat Airbus model A320 yang dipasang di bandar Tianjin, China mencatat 324 buah sejak 2008, antaranya 20 siap dipasang pada tahun ini.

Pada separuh tahun akan datang, pesawat model A320neo juga akan dipasang dan digunakan, manakala model A330, pesawat badan lebar Airbus pertama dipasang di luar Eropah, dijadualkan siap pada September depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China