Cari:
Fasa Kedua CIPS RMB Bakal Beroperasi di Shanghai
2017-06-21 13:32:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Fasa kedua sistem pembayaran antara bank rentas sempadan (Cross-border Interbank Payment System; CIPS) dalam mata wang Renminbi akan mula beroperasi di Shanghai.

Hal ini dianggap bukan sahaja langkah untuk mempercepat pembangunan hab kewangan antarabangsa di Shanghai, malah dapat menggalakkan pengantarabangsaan Renminbi selain bermanfaat kepada pelaksanaan inisiatif "Jalur&Laluan" (B&R).

Ujar Gabenor Bank Rakyat China (PBOC), Zhou Xiaochuan dalam Forum Lujiazui 2017 di Shanghai pada 20 Jun lalu, B&R membawa peluang baharu untuk menggalakkan sektor kewangan China berkembang secara lebih terbuka. Kewangan yang bersifat terbuka turut memainkan peranan positif dalam proses pelaksanaan B&R.

Pembangunan B&R dipercayai dapat menyediakan platform pendedahan baharu kepada institusi-institusi kewangan China terhadap pasaran negara asing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China