Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov dalam wawancara khas agensi berita antarabangsa Rusia, Rossiya Segodnya di Moscow pada 20 Jun lalu, melahirkan rasa kesal atas tindakan AS tersebut.
AS dilihat sekali lagi melepaskan peluang untuk membaik pulih hubungan bilateral dengan Rusia, satu tindakan yang bertentangan dengan kenyataan sebelum ini bahawa AS berhasrat menjernihkan hubungan dengan Rusia.
Menurut Ryabkov, sekatan AS berkenaan tidak akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam dasar-dasar yang diamalkan oleh kerajaan Rusia, dan tidak akan memberi kesan terhadap pertubuhan dan tokoh politik yang dikenakan sekatan.
Pada 20 Jun lalu, AS mengenakan sekatan baharu terhadap Rusia ekoran tindakan Rusia dalam isu Ukraine.