Cari:
Li Keqiang Ditemui Tetamu AS
2017-06-21 14:58:20 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah ditemui wakil-wakil dari Amerika Syarikat (AS) yang hadir untuk dialog pusingan ke-9 antara ketua-ketua perniagaan dan bekas pegawai kanan China dan AS di Beijing semalam.

Delegasi AS tersebut termasuk ketua pegawai dari Syarikat ConocoPhillips, Western Digital, Applied Materials, Varian Medical Systems, QUALCOMM, Fedex, MasterCard, Cisco dan Exxon Mobil, selain bekas Menteri Perdagangan, Carlos Guterres, bekas wakil perdagangan, Charlene Barshefsky serta wakil-wakil institusi berkenaan. Dalam pertemuan itu, mereka telah mengemukakan pandangan dan cadangan mengenai hubungan China-AS, kerjasama dalam sektor yang penting dan suasana perniagaan.

Perdana Menteri Li Keqiang ketika bertukar-tukar pendapat dengan para tetamu menyatakan bahawa kerjasama ekonomi dan perdagangan merupakan batu asas penting bagi hubungan kedua-dua negara.

China yang menyokong perdagangan bebas dan saksama, menggalakkan keterbukaan pasaran antara satu sama lain dan persaingan adil.

China akan beransur-ansur meningkatkan akses pasaran kepada lebih banyak produk asing, mengoptimumkan suasana perniagaan dan meningkatkan daya saing ekonomi China demi manfaat pengguna.

Tambah PM Li, syarikat dari seluruh dunia termasuk AS dialu-alukan merebut peluang untuk melabur dan berniaga di China, terutamanya ketika sektor perkhidmatan negara ini berkembang pesat dan industri pembuatannya sedang menjalani transformasi. Kerjasama ekonomi yang lebih kukuh serta perkembangan seimbang perdagangan dua hala nescaya akan menguntungkan semua.

Untuk memastikan unjuran yang stabil dalam pasaran, China bersedia meningkatkan komunikasi dengan tokoh-tokoh kalangan industri dan perniagaan AS, dan bersama-sama memainkan peranan yang kondusif kepada kerjasama satu sama lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China