Cari:
Britain Komited Kekal Stabil Selepas Brexit
2017-06-22 11:33:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Britain komited memastikan situasi kekal stabil selepas negara itu keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit secara lancar dan teratur.

Demikian dinyatakan oleh Ratu Britain, Elizabeth II ketika mengumumkan rancangan pelaksanaan dasar dan perundangan kerajaan penggal baharu untuk tempoh dua tahun akan datang, dalam majlis perasmian Dewan Pertuanan pada 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Britain dan EU telah memulakan rundingan Brexit.

Ratu Elizabeth berkata, kerajaan Britain akan berusaha menggalakkan satu "perjanjian yang paling memuaskan" dicapai antara negaranya dengan EU.

Antara 27 fasal yang diumumkan Ratu Britain itu, lapan daripadanya berhubung Brexit yang merangkumi peraturan-peraturan dalam sektor undang-undang, tarif kastam dan imigresen.

Selain itu, kerajaan juga akan menyusun semula strategi antikeganasan dan meningkatkan kesiagaan untuk memerangi keganasan dengan pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China