Cari:
Dialog Diplomatik, Keselamatan China-AS Pertama di Washington
2017-06-22 11:56:32 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Dialog Diplomatik dan Keselamatan China-Amerika Syarikat (AS) pertama yang dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson dan Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis diadakan di Washington pada 21 Jun lalu.

Yang Jiechi dalam dialog tersebut menyatakan bahawa pertemuan antara Presiden China, Xi Jinping dan Presiden AS, Donald Trump di Mar-a-Lago berhasil untuk merancang hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak sebulat suara bersetuju akan terus memperluas bidang kerjasama yang saling menguntungkan berdasarkan konsensus yang telah dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara.

Lawatan rasmi Presiden Trump ke Beijing atas undangan Presiden Xi Jinping dalam tempoh tahun ini diyakini akan membuahkan hasil yang memuaskan.

Dalam dialog di Washington, pihak China menegaskan prinsip dan pendirian dalam isu Taiwan dan Tibet serta peri pentingnya AS mengotakan janji berkenaan dan menangani sewajarnya kedua-dua isu tersebut. Respons daripada AS, kerajaannya tetap mengamalkan dasar 'Satu China' dan mengakui Tibet sebagai sebahagian China.

Selain itu, China menegaskan komitmennya untuk mendorong Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear dan penyelesaian isu berkenaan melalui rundingan.

Ketika menyebut isu Laut China Selatan, Yang Jiechi menekankan bahawa China mempunyai hak kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan di sekitarnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China