Cari:
Dialog Ketua Perniagaan, Bekas Pegawai Kanan China-AS
2017-06-22 11:24:49 CRI Cetak

Dialog pusingan ke-9 antara ketua-ketua perniagaan dan bekas pegawai kanan China dan AS ditutup di Beijing semalam dengan satu kenyataan bersama yang menyeru kedua-dua negara terus meningkatkan keterbukaan ekonomi domestik yang mengutamakan kemudahan perdagangan dan pelaburan dalam bidang berteknologi tinggi, ekonomi internet, industri pembuatan dan perkhidmatan kewangan.

Langkah-langkah yang lebih berkesan akan diambil untuk menggalakkan perdagangan dan pelaburan, memperkukuh sistem perdagangan pelbagai hala, mendorong pembaharuan pemasaran kewangan, serta memacu perkembangan industri inovatif, ekonomi digital dan keselamatan siber, selain meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga dan alam sekitar.

Kedua-dua pihak akan memanfaatkan pelbagai wadah untuk mengeratkan hubungan ekonomi dan perdagangan, termasuk pertukaran pengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan serta keselamatan teknologi maklumat dan telekomunikasi. Kerjasama pelaburan dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) turut akan diperkasa, dengan perhatian khusus diberikan kepada perkembangan kegiatan ekonomi dan perdagangan digital.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China