Cari:
Jualan Runcit E-dagang China Cecah RMB3 Trilion
2017-06-22 11:39:13 CRI Cetak

Dalam tempoh enam bulan dari Disember hingga Mei lalu, jumlah jualan runcit melalui internet di China buat pertama kali mencecah RMB3 trilion (RM1.9 trilion). Angka ini jauh melebihi jualan runcit sepanjang tahun 2014 yang turut mencipta rekod tertinggi bagi tempoh yang sama di China.

Menurut Laporan E-dagang China bagi Setengah Tahun 2017 yang dikeluarkan Akademi Sains Sosial China, jumlah pembelian melalui internet di China pada suku pertama tahun ini mencatat lebih dua kali ganda berbanding dengan Amerika Syarikat. Jika memandang dari segi skala pasaran jualan runcit melalui internet, China menduduki tempat pertama di dunia untuk beberapa tahun berturut-turut. Jumlah transaksi e-dagang di China menempati lebih sepertiga jumlah seluruh dunia.

Menurut laporan itu lagi, dalam tempoh enam bulan tersebut, walaupun pakaian dan alat elektrik kegunaan rumah tetap menduduki nisbah yang besar, namun jualan produk kesihatan, buku dan audiovisual, serta peralatan sukan dan riadah meningkat lebih pesat.

Ini menggambarkan tumpuan penduduk China telah beralih daripada keperluan asas hidup kepada peningkatan kualiti hidup.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China